Tuesday, October 14, 2008

Sehubungan itu, katanya, Kongres UCI yang bermesyuarat di Varese, Itali hari ini dijangka membuat keputusan termasuk mempertimbangkan tarikh baru yang dicadangkan PKBM.
Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bakal menentukan tarikh baru perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi 2009 (LTdL 2009) selepas mendapat bantahan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) atas alasan ia terlalu hampir dengan perayaan Tahun Baru Cina.
Presiden PKBM berkata, sebagai badan yang telah diberi kuasa sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menganjurkan acara ini, pihaknya menentang tarikh tersebut kerana tidak mahu masalah yang sama akan timbul seperti tahun ini.
LTdL 2009 dijadual akan mempertandingkan tujuh peringkat perlumbaan sahaja dengan hadiah wang tunai dan bilangan pasukan pro-tour yang bertanding tidak akan berubah.
27 buah Universiti tempatan dan lapan dari negara Asean telah mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan Varsity Boat Race 2008 kali ke 3 yang akan berlangsung mulai 14 hingga 19 Oktober ini.
Peningkatan jumlah penyertaan kali ini membuktikan bahawa penganjuran Varsity Boat Race semakin mendapat pengiktirafan dan ia juga menjadi medan menguji kekuataan, kejohanan ini juga dilihat sebagai landasan terbaik untuk mengeratkan silaturrahim di antara universiti-universiti dirantau Asia.
Lapan acara rowing dan lapan acara kayak akan dipertandingkan dalam kategori antarabangsa manakala dua belas acara rowing dan kayak pula akan dipertandingkan dalam kategori universiti tempatan.
Varsity Boat Race adalah acara tahunan anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Tujuan acara ini dianjurkan iaitu membangun dan memajukan sukan air di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan akan diadakan pada 14 hingga 16 September 2006 di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya.
Berikutan sambutan yang mengalakkan Varsity Boat Race kali kedua telah diadakan di lokasi yang sama pada 20 hingga 25 November 2007dan pada tahun itu buat pertama kalinya penganjur kejohanan telah menjemput universiti dari negara-negara Asean untuk turut bertanding.
Di kejohanan ketiga ini, 8 buah universiti dari negara Asean telah mengesahkan penyertaan mereka. Ateneo De Manila , Filipina, National University of Singapore dan Nanyang University of Technology dari Singapura, dan Kasembundit , Mahidol dan Burapha dari universiti di Thailand serta Universitas Gadjah Mada dan Universitas Pendidikan Indonesia dari Indonesia akan bertanding dikejohanan kali ini.
Sunday, September 21, 2008
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) telah mengadakan Kursus Pengadil Level 1 yang mana ia bertempat di Padang Astaka (COBRA CLUB), Petaling Jaya pada 20hb & 21hb September 2008.. Kursus ini telah mendapat sambutan yang baik mahupun ia dilajankan pada bulan Ramadhan dan seramai 32 orang peserta telah mengambil bahagian dari ahli Kelab Gabungan KRS, Sekolah, IPTA/ IPTS, Polis Diraja Malaysia mahupun orang persendirian.
Tujuan kursus ini diadakan bagi melahirkan lebih ramai Pengadil Bertauliah dengan Silibus yang telah diperbaharui oleh IRB (Internasional RugbyBoard).. Ini kerana pemain Ragbi ini telah berkembang di semua peringkat umur seperti Dewasa, Remaja, Kanak- kanak mahupun Wanita.. Dengan penglibatan ini, jumlah perlawanan disetiap negeri telah meningkat dan memerlukan khidmat Pengadil yang bertauliah dari KRM supaya pemain dapat bermain dengan lebih baik dengan mengikuti undang- undang yang telah ditetapkan oleh IRB.. Kursus pada kali ini (Silibus baru) adalah yang Pertama diadakan bagi tahun 2008.. dan mungkin pihak KRM akan berusaha untuk mengadakan kursus seperti ini di masa yang akan datang..
Tuesday, September 2, 2008
KEJOHANAN Kosmo! Varsiti Futsal 2008 yang menawarkan hadiah wang tunai RM200,000 telah melabuhkan tirainya di Universiti Putra Malaysia (UPM). Ratusan penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) dari seluruh negara telah 'berkampung' di UPM selama dua hari bagi sama-sama memeriahkan kejohanan tersebut. Sebanyak 104 pasukan yang mara ke Grand Final berentap bagi memburu gelaran juara dalam setiap kategori yang dipertandingkan..
Kejohanan kali kedua ini dapat dijalanakan dengan jayanya walaupun tidak mendapat penajaan bagi mempromosikan Futsal Kosmo kepada Universiti Awam mahupun Swasta..
KOSMO BOLEH!!
Sunday, August 24, 2008
Salam..
Pada tahun Kejohanan Bolasepak MASUM Uni-League akan dijalankan. Ia melibatkan lebih kurang 30 Pasukan Bolasepak dari IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Pasukan UniKL adalah antara pasukan IPTS yang dijemput menyertai kejohanan Bolasepak MASUM Uni-League ini.. Kejohanan ini dibahagi kepada 3 Divisyen iaitu Divisyen Premier, Divisyen 1A dan 1B.. Pasukan UniKL telah berjaya menamatkan Pusingan Liga Kumpulan dengan bergaya dimana kesemua perlawanan telah memihak kepada Pasukan UniKL iaitu Menang tanpa Kalah atau Seri.. Oleh yang demikian, Pasukan UniKL berjaya melayakkan diri ke Pusingan Separuh Akhir bagi menentukan Pasukan mana yang akan layak ke Divisyen Premier bagi tahun 2009.
Pasukan UniKL menentang pasukan MMU pada peringkat Separuh Akhir tetapi nasib tidak menyebelahi UniKL kerna tewas tipis dengan keputusan UniKL (1) dan MMU (2).. Jadi, Pasukan UniKL harus meneruskan perjuangan ke perlawanan seterusnya bagi menentukan Tempat ke-3 dan ke-4.. Pada perlawanan ini pasukan UniKL berjaya menewaskan Pasukan UniSEL denagn keputusan bergaya iaitu UniKL (4) dan UniSEl (0)..
Bagi perlawanan akhir pula MMU sekali lagi memastikan pasukan mereka yang menjadi JOHAN dimana mereka berjaya menewaskan MMU dengan keputusan MMU (2) dan UPNM (1)..
Pasukan MMU, UPNM dan UniKL berjaya ke DIVISYEN PREMIER pada tahun 2009..
Pastinya pada tahun hadapan saingan yang lebih senggit dan pasukan UniKL telah membuktikan mereka mempunyai Pemain yang baik dan setanding dengan IPTA/ IPTS yang telah lama mencipta nama dalam sukan Bolasepak peringkat Universiti di Malaysia..
Syabas UniKL!!
Thursday, July 31, 2008
Labels: Baju ReNang..
Pada tahun 1905 pula, berlaku satu tragedi dimana perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan dikalangan pemain ragbi. Oleh itu, Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan ragbi supaya dapat mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi yang boleh menimbulkan pergaduhan..
Permainan ragbi semakin berkembang terutama di negara Great Britain, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab semakin bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hinggalah 1980 dan sehingga kini permainan ragbi sudah berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia. Sungguh menakjubkan..
Hakikatnya, Permainan Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ianya dilihat melalui mata kasar tetapi sebenarnya, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang. Mengapa?? Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap permainan lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa sesuatu perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi, akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu dikasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik tanpa bermusuhan lagi..
Itulah unik dan simboliknya permainan yang kasar dan lasak ini.. bak kata pujangga "DONt JudGE a BoOk By ITs CoVER"
Labels: RaGbi...