CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, September 21, 2008


Salam...

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) telah mengadakan Kursus Pengadil Level 1 yang mana ia bertempat di Padang Astaka (COBRA CLUB), Petaling Jaya pada 20hb & 21hb September 2008.. Kursus ini telah mendapat sambutan yang baik mahupun ia dilajankan pada bulan Ramadhan dan seramai 32 orang peserta telah mengambil bahagian dari ahli Kelab Gabungan KRS, Sekolah, IPTA/ IPTS, Polis Diraja Malaysia mahupun orang persendirian.

Tujuan kursus ini diadakan bagi melahirkan lebih ramai Pengadil Bertauliah dengan Silibus yang telah diperbaharui oleh IRB (Internasional RugbyBoard).. Ini kerana pemain Ragbi ini telah berkembang di semua peringkat umur seperti Dewasa, Remaja, Kanak- kanak mahupun Wanita.. Dengan penglibatan ini, jumlah perlawanan disetiap negeri telah meningkat dan memerlukan khidmat Pengadil yang bertauliah dari KRM supaya pemain dapat bermain dengan lebih baik dengan mengikuti undang- undang yang telah ditetapkan oleh IRB.. Kursus pada kali ini (Silibus baru) adalah yang Pertama diadakan bagi tahun 2008.. dan mungkin pihak KRM akan berusaha untuk mengadakan kursus seperti ini di masa yang akan datang..

1 Comment:

  1. Anonymous said...
    Hairon,

    moga pasukan rugbi UniKL MFI akan terus meningkat melalui pendedahan teknik dan perlawanan daripad pelbagai pihak.

    kita perlu dorong mereka untuk mencapai kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang.

    Perancangan strategik sukan amat penting. all the best, we are the champion.

Post a Comment