
Baju renang teknologi terkini sememangnya memiliki peranan yang besar bagi seseorang perenang yang ingin mencapai tahap masa kepantasan yang menakjubkan. Hal ini diakui oleh, Professor Jean-Francois Toussaint yang secara langsung terlibat dalam fisiologi dan pembangunan sukan renang. Sebanyak 33 rekod telah dipecahakan di pelbagai kejuaraan dunia sebelum menjelangnya Sukan Olympic Beijing pada 8hb Ogos ini. Majaroti atlit yang berjaya memecahkan rekod dunia menggunakan baju renang SPEEDO LZR RACER. Kelebihan yang terdapat pada baju renang speedo ini iaitu ia membantu seseorang atlit sebanyak 2% dari kelajuan asal perenang itu sendiri. Itulah sebabnya perenang yang menggunakan baju reang SPEEDO LZR RACER ini dapat menghabiskan masa bagi acara gaya bebas (freestyle) 100 meter dalam masa 46 saat sahaja atau 50 meter dalam masa 20.5 saat.Menjelang sukan Olympic Beijing 2008, atlit renang disarankan memakai baju renang SPEEDO LZR RACER ini dan ia juga telah mendapat pengesahan dari Badan Renang Dunia atau FINA. Mungkin rekod baru akan dicatatkan pada sukan berprestij ini serta tenologi baru yang akan dikeluarkan oleh Syarikat Pakaian Renang Terkemuka, SPEEDO!
tidak mustahil rekod baru akan dicatat ketika Beijing 2008, Apa pun kite tunggu keputusannya nanti sebab Beijing 2008 dah bermula semalam. (dengan penuh gilang gemilang)Agak-agak berapa harga baju ni en an deey? mesti agak mahal juga kan?.tp kalau itulah kualiti yang ada pada baju renang ni kenapa tidak Malaysia menggunakan baju renang ini. Malaysia guna jenama ek? ataupun Malaysia sememangnya guna jenama ni.(sekadar nak tahu)
embun pagi.
% perenang mengenakan pakaian renang Speedo LZR Racer ini.. serta ternyata, perenang USA yg berjaya memecahkan rekod Dunia (WR) memakai baju ini..
terima kasih atas makluman yang diberikan.