CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, September 2, 2008

KOSMO VaRSiTi FuTsaL!


KEJOHANAN Kosmo! Varsiti Futsal 2008 yang menawarkan hadiah wang tunai RM200,000 telah melabuhkan tirainya di Universiti Putra Malaysia (UPM). Ratusan penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) dari seluruh negara telah 'berkampung' di UPM selama dua hari bagi sama-sama memeriahkan kejohanan tersebut. Sebanyak 104 pasukan yang mara ke Grand Final berentap bagi memburu gelaran juara dalam setiap kategori yang dipertandingkan..

Kategori Lelaki Bawah 23 menyaksikan pasukan Politeknik KB A dari Politeknik Kota Bharu muncul juara, sekali gus melayakkan mereka menerima wang tunai RM15,000 manakala kategori Lelaki Terbuka dimenangi pasukan MMU Senior B dari Universiti Multimedia (MMU) manakala bagi kategori Wanita Terbuka, Messy dari Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) Shah Alam mempertahan mahkota kejuaraan yang dimenangi tahun lalu. Dalam kategori Staf Lelaki Terbuka pula, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian muncul juara manakala kategori Staf Wanita Terbuka menjadi milik UM Ladies United..

Kejohanan kali kedua ini dapat dijalanakan dengan jayanya walaupun tidak mendapat penajaan bagi mempromosikan Futsal Kosmo kepada Universiti Awam mahupun Swasta..

KOSMO BOLEH!!

0 Comments:

Post a Comment