CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 31, 2008


Baju renang teknologi terkini sememangnya memiliki peranan yang besar bagi seseorang perenang yang ingin mencapai tahap masa kepantasan yang menakjubkan. Hal ini diakui oleh, Professor Jean-Francois Toussaint yang secara langsung terlibat dalam fisiologi dan pembangunan sukan renang. Sebanyak 33 rekod telah dipecahakan di pelbagai kejuaraan dunia sebelum menjelangnya Sukan Olympic Beijing pada 8hb Ogos ini. Majaroti atlit yang berjaya memecahkan rekod dunia menggunakan baju renang SPEEDO LZR RACER. Kelebihan yang terdapat pada baju renang speedo ini iaitu ia membantu seseorang atlit sebanyak 2% dari kelajuan asal perenang itu sendiri. Itulah sebabnya perenang yang menggunakan baju reang SPEEDO LZR RACER ini dapat menghabiskan masa bagi acara gaya bebas (freestyle) 100 meter dalam masa 46 saat sahaja atau 50 meter dalam masa 20.5 saat.Menjelang sukan Olympic Beijing 2008, atlit renang disarankan memakai baju renang SPEEDO LZR RACER ini dan ia juga telah mendapat pengesahan dari Badan Renang Dunia atau FINA. Mungkin rekod baru akan dicatatkan pada sukan berprestij ini serta tenologi baru yang akan dikeluarkan oleh Syarikat Pakaian Renang Terkemuka, SPEEDO!

Ia bermula ketika satu perlawanan bola sepak peringkat sekolah di negara England pada tahun 1823, William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu lah bermulanya sukan ragbi di negara tersebut. Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini dan mempopularkannya serta meletakkan peraturan dan undang-undang rasmi bagi sukan ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England dan selepas itu, Kelab Ragbi di England mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian kerna permainan tersebut mendapat tempat dikalangan masyrakat itu..Pada tahun 1895, satu kejohanan Liga Ragbi atau dikemali sebagai "The Rugby League" telah ditubuhkan dengan 13 permainan yang lain dan mempunyai peraturan yang lebih profesional dan teratur.
Pada tahun 1905 pula, berlaku satu tragedi dimana perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan dikalangan pemain ragbi. Oleh itu, Presiden Amerika Syarikat
, Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan ragbi supaya dapat mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi yang boleh menimbulkan pergaduhan..
Permainan ragbi semakin berkembang terutama di negara Great Britain, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab semakin bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hinggalah 1980 dan sehingga kini permainan ragbi sudah berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia. Sungguh menakjubkan..
Hakikatnya, Permainan Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ianya dilihat melalui mata kasar tetapi sebenarnya, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang. Mengapa?? Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap permainan lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa sesuatu perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi, akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu dikasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik tanpa bermusuhan lagi..

Itulah unik dan simboliknya permainan yang kasar dan lasak ini.. bak kata pujangga
"DONt JudGE a BoOk By ITs CoVER"

Tuesday, July 29, 2008

Salam..

PASTI ramai yang tidak tahu adanya seorang pelumba rali Melayu yang juga tokoh korporat tempatan pernah mengalahkan jaguh rali negara, Karamjit Singh yang terkenal dengan jolokan 'Flying Sikh'. Pelumba ini kurang menonjol kerana keputusan untuk 'bersara' dari sukan permotoran pada tahun 1991. Ini kerana beliau mahu meluangkan lebih banyak masa untuk karjaya beliau di Syarikat Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan tentunya banyak masa terpaksa dihabiskan untuk menguruskan lebih 900 stesen minyak Shell di seluruh negara. Beliau yang dimaksudkan ialah Datuk Mohzani Wahab, Big Boss Shell Malaysia yang begitu meminati sukan bermotor lasak itu walaupun telah sekian lama tidak bergiat aktif dalam sukan itu. Beliau mula menyertai lumba rali pada tahun 1986 secara persendirian dan meraih tempat ketiga Kejohanan Rali Malaysia pada tahun pertama penyertaannya itu. Sejak itulah, Mohzani terus membelajari aspek- aspek mengenai kenderaan terutama pengendalian pemanduan, kaedah serta panduan keselamatan, penjagaan kereta dan juga bahagian teknikal.
Hari ini, Mohzani sentiasa tertunggu-tunggu saat untuk memandu kereta laju di mana-mana untuk tujuan keseronokan kerana minatnya itu sentiasa membara walaupun tidak aktif lagi seperti zaman muda dahulu. Justeru itu, jika ada sesiapa yang sudi meminjamkan 'mesin permainan orang besar' itu kepada beliau untuk berlumba, beliau akan menyahut cabaran tersebut dengan tangan yang terbuka luas. Sebagai anak melayu, kita patut bangga dengan pencapaian yang dimiliki oleh beliau dan tiada alasan seseorng itu untuk mengapai kejayaan, bak kata pepatah "DiMana Ada KemaHUan..DiSitU aDa JalaN"..

Sunday, July 20, 2008

Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun beliau telah meninggalkan kita hampir 15 tahun lalu.
Meskipun ramai generasi muda kini tidak mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua masyarakat pasti pernah mendengar namanya. Beliau adalah pemain yang mempunyai bakat semulajadi yang menjulang imej Malaysia setaraf dengan jaguh bolasepak dunia. Aksi yang paling ketara adalah ketika PertaBola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya. Pada usianya berumur 23 tahun, Mokhtar Dahari atau lebih terkenal dengan nama jolokan SuperMokh diiktiraf oleh Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik ASIA dan ketika itu juga dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1976.
Kelebihan yang dimiliki oleh ‘Supermokh’ adalah dari sepakan deras seperti peluru menjadi elemen penting sehinggakan 3 jari mendiang R Arumungam (bekas penjaga gol negara) patah ketika cuba menepis bola dari sepakan dari beliau. Selain daripada itu, beliau juga bijak membaca gerakan lawan dan meloloskan diri dari benteng yang kebal.
Mokhtar Dahari berjaya meletakkan negara Malaysia di kedudukan tertinggi pada pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia. Skuad dari negara England bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar Dahari atau "‘Supermokh’.
Mokhtar Dahari
sangat gigih ketika menjalani latihan kerana sejak di bangku sekolah lagi beliau yang menuntut di Victoria Istitution tidak pernah jemu berlatih. Beliau juga tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadinya sehinggakan dia idola yang paling diminati dan disanjungi oleh rakyat Malaysia.
Apapun kehilangan permata paling berharga dalam arena bola sepak negara ini tidak seharusnya ditangisi dan generasi sekarang sepatutnya harus menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya mengembalikan semula kegemilangan suakn bola sepak negara yang disegani seuatu masa dahulu..

;;