CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, October 14, 2008

VARSITY BOAT RACE 2008


27 buah Universiti tempatan dan lapan dari negara Asean telah mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan Varsity Boat Race 2008 kali ke 3 yang akan berlangsung mulai 14 hingga 19 Oktober ini.


Peningkatan jumlah penyertaan kali ini membuktikan bahawa penganjuran Varsity Boat Race semakin mendapat pengiktirafan dan ia juga menjadi medan menguji kekuataan, kejohanan ini juga dilihat sebagai landasan terbaik untuk mengeratkan silaturrahim di antara universiti-universiti dirantau Asia.


Lapan acara rowing dan lapan acara kayak akan dipertandingkan dalam kategori antarabangsa manakala dua belas acara rowing dan kayak pula akan dipertandingkan dalam kategori universiti tempatan.

Varsity Boat Race adalah acara tahunan anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Tujuan acara ini dianjurkan iaitu membangun dan memajukan sukan air di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan akan diadakan pada 14 hingga 16 September 2006 di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya.

Berikutan sambutan yang mengalakkan Varsity Boat Race kali kedua telah diadakan di lokasi yang sama pada 20 hingga 25 November 2007dan pada tahun itu buat pertama kalinya penganjur kejohanan telah menjemput universiti dari negara-negara Asean untuk turut bertanding.


Di kejohanan ketiga ini, 8 buah universiti dari negara Asean telah mengesahkan penyertaan mereka. Ateneo De Manila , Filipina, National University of Singapore dan Nanyang University of Technology dari Singapura, dan Kasembundit , Mahidol dan Burapha dari universiti di Thailand serta Universitas Gadjah Mada dan Universitas Pendidikan Indonesia dari Indonesia akan bertanding dikejohanan kali ini.

0 Comments:

Post a Comment