CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, July 29, 2008

Salam..

PASTI ramai yang tidak tahu adanya seorang pelumba rali Melayu yang juga tokoh korporat tempatan pernah mengalahkan jaguh rali negara, Karamjit Singh yang terkenal dengan jolokan 'Flying Sikh'. Pelumba ini kurang menonjol kerana keputusan untuk 'bersara' dari sukan permotoran pada tahun 1991. Ini kerana beliau mahu meluangkan lebih banyak masa untuk karjaya beliau di Syarikat Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan tentunya banyak masa terpaksa dihabiskan untuk menguruskan lebih 900 stesen minyak Shell di seluruh negara. Beliau yang dimaksudkan ialah Datuk Mohzani Wahab, Big Boss Shell Malaysia yang begitu meminati sukan bermotor lasak itu walaupun telah sekian lama tidak bergiat aktif dalam sukan itu. Beliau mula menyertai lumba rali pada tahun 1986 secara persendirian dan meraih tempat ketiga Kejohanan Rali Malaysia pada tahun pertama penyertaannya itu. Sejak itulah, Mohzani terus membelajari aspek- aspek mengenai kenderaan terutama pengendalian pemanduan, kaedah serta panduan keselamatan, penjagaan kereta dan juga bahagian teknikal.
Hari ini, Mohzani sentiasa tertunggu-tunggu saat untuk memandu kereta laju di mana-mana untuk tujuan keseronokan kerana minatnya itu sentiasa membara walaupun tidak aktif lagi seperti zaman muda dahulu. Justeru itu, jika ada sesiapa yang sudi meminjamkan 'mesin permainan orang besar' itu kepada beliau untuk berlumba, beliau akan menyahut cabaran tersebut dengan tangan yang terbuka luas. Sebagai anak melayu, kita patut bangga dengan pencapaian yang dimiliki oleh beliau dan tiada alasan seseorng itu untuk mengapai kejayaan, bak kata pepatah "DiMana Ada KemaHUan..DiSitU aDa JalaN"..

5 Comments:

  1. aN Deey said...
    Salam..
    Mungkin jika seseorang yang ingin terlibat dalam sukan Permotoran ini memerlukan modal yang besar dan mahal.. akan tetapi kita tidak harus melihat itu sebagai alasan untuk menceburi sukan lasak ini.. apa pendapat anda??
    EmBuN PaGi said...
    Salam,

    Betul la, first time dengar nama ni. tetapi kalau karamjit Singh tu selalu la dengar namanya. Maksudnya boleh dikira sebagai lagenda juga la kan dalam sukan permotoran ni.

    Akan tetapi, kalau diikut dari persoalan yang diajukan,pada pendapat saya sukan lasak ni sememangnya memerlukan kos yang agak besar, itu jika dilihat dari pandangan mata kasar la kan.ape pendapat kawan-kawan yang lain pula?
    zahari ismail said...
    betul tu, barulah aku tau rupanya ada juga anak melayu yang lebih danh involved dgn sukan ni tapi disebabkan kerjayanya yang nmembataskan minat dia terhadap rali.. Walaubagaimanapun, tahniah untuk anda hairon dgn artikel yang boleh menambah pengatahuan baru ni. Adios
    aiShaH said...
    satu article yang bagus.. at least kita dapat satu benda yang baru.. yg kita tak perasan sebelum ini
    aN Deey said...
    Mungkin lebih ramai lg anak bangsa yg telah menghurumkan nama negara ke peringkat antarabangsa yg kita tidak ketahui..

Post a Comment