CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 20, 2008

Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun beliau telah meninggalkan kita hampir 15 tahun lalu.
Meskipun ramai generasi muda kini tidak mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua masyarakat pasti pernah mendengar namanya. Beliau adalah pemain yang mempunyai bakat semulajadi yang menjulang imej Malaysia setaraf dengan jaguh bolasepak dunia. Aksi yang paling ketara adalah ketika PertaBola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya. Pada usianya berumur 23 tahun, Mokhtar Dahari atau lebih terkenal dengan nama jolokan SuperMokh diiktiraf oleh Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik ASIA dan ketika itu juga dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1976.
Kelebihan yang dimiliki oleh ‘Supermokh’ adalah dari sepakan deras seperti peluru menjadi elemen penting sehinggakan 3 jari mendiang R Arumungam (bekas penjaga gol negara) patah ketika cuba menepis bola dari sepakan dari beliau. Selain daripada itu, beliau juga bijak membaca gerakan lawan dan meloloskan diri dari benteng yang kebal.
Mokhtar Dahari berjaya meletakkan negara Malaysia di kedudukan tertinggi pada pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia. Skuad dari negara England bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar Dahari atau "‘Supermokh’.
Mokhtar Dahari
sangat gigih ketika menjalani latihan kerana sejak di bangku sekolah lagi beliau yang menuntut di Victoria Istitution tidak pernah jemu berlatih. Beliau juga tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadinya sehinggakan dia idola yang paling diminati dan disanjungi oleh rakyat Malaysia.
Apapun kehilangan permata paling berharga dalam arena bola sepak negara ini tidak seharusnya ditangisi dan generasi sekarang sepatutnya harus menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya mengembalikan semula kegemilangan suakn bola sepak negara yang disegani seuatu masa dahulu..

5 Comments:

  1. EmBuN PaGi said...
    Buat Insan Biasa,

    Sememangnya nama Allahyarham tetap subur dihati pengemar dan pencinta bola sepak tanah air.Sesungguhnya zaman kegemilangan Allahyarham seakan-akan tiada gantinya sehingga ke hari ini.

    Al Fatihah buat Allahyarham Mokhtar Dahari.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

    wassalam.
    aiShaH said...
    Al Fatiha.. kehilangan sebutir permata yang bernilai kepada negara...
    aN Deey said...
    Salam Embun Pagi...,

    Pada saya kesuburan itu harus ditunjukan dengan sesuatu yang bermakna.. mungkin FAM harus mewujudkan Galeri/ Sejarah kehidupan Lagenda Agung ini.. pendekatan ini telah lama dipraktikan di negara luar..
    aN Deey said...
    Salam Pn. Aishah..,

    Kehilangan beliau pada ketika kegemilagannya amatlah dirasai.. dan tidak harus dilupakan segala jasa bakti beliau dalam mengangkat nama MALAYSIA dalam Sukan BOLASEPAK...
    Amar said...
    Barang yang lepas, jangan di kenang
    Kalau di kenang, meracun diri

    itulah kata-kata litik Allahyarham P.Ramlee..

    Pada saya detik-detik kegemilangan itu akan dapat dikecapa semula dengan melahirkan lebih ramai pemain bolasepak yang berbakat dan berdisiplin...

    Lihat sahaja di Eropah, ada saja penganti legenda bolasepak yang hebat masa lalu..lihat pada Cristiano Ronald- Portugal, Torres - Sepanyol, Ballack - Jerman, Drogba, Adebayor dan lain-lain...

    Saya rasa kita boleh lakukan kerana asas bolasepak sama saja..bezanya kemahiran semulajadi, kemahiran teknikal, mentaliti, motivasi, kreativiti, dedikasi, disiplin dan inovasi semua ini amat diperlukan unutk meahirkan bintang atau legenda sepertiyang kita inginkan unutk negara kita.....

    Fikir-fikirkan...gerimis senja..

Post a Comment