Thursday, July 31, 2008
Labels: Baju ReNang..
Pada tahun 1905 pula, berlaku satu tragedi dimana perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan dikalangan pemain ragbi. Oleh itu, Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan ragbi supaya dapat mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi yang boleh menimbulkan pergaduhan..
Permainan ragbi semakin berkembang terutama di negara Great Britain, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab semakin bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hinggalah 1980 dan sehingga kini permainan ragbi sudah berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia. Sungguh menakjubkan..
Hakikatnya, Permainan Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ianya dilihat melalui mata kasar tetapi sebenarnya, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang. Mengapa?? Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap permainan lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa sesuatu perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi, akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu dikasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik tanpa bermusuhan lagi..
Itulah unik dan simboliknya permainan yang kasar dan lasak ini.. bak kata pujangga "DONt JudGE a BoOk By ITs CoVER"
Labels: RaGbi...
Tuesday, July 29, 2008
PASTI ramai yang tidak tahu adanya seorang pelumba rali Melayu yang juga tokoh korporat tempatan pernah mengalahkan jaguh rali negara, Karamjit Singh yang terkenal dengan jolokan 'Flying Sikh'. Pelumba ini kurang menonjol kerana keputusan untuk 'bersara' dari sukan permotoran pada tahun 1991. Ini kerana beliau mahu meluangkan lebih banyak masa untuk karjaya beliau di Syarikat Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan tentunya banyak masa terpaksa dihabiskan untuk menguruskan lebih 900 stesen minyak Shell di seluruh negara. Beliau yang dimaksudkan ialah Datuk Mohzani Wahab, Big Boss Shell Malaysia yang begitu meminati sukan bermotor lasak itu walaupun telah sekian lama tidak bergiat aktif dalam sukan itu. Beliau mula menyertai lumba rali pada tahun 1986 secara persendirian dan meraih tempat ketiga Kejohanan Rali Malaysia pada tahun pertama penyertaannya itu. Sejak itulah, Mohzani terus membelajari aspek- aspek mengenai kenderaan terutama pengendalian pemanduan, kaedah serta panduan keselamatan, penjagaan kereta dan juga bahagian teknikal.
Hari ini, Mohzani sentiasa tertunggu-tunggu saat untuk memandu kereta laju di mana-mana untuk tujuan keseronokan kerana minatnya itu sentiasa membara walaupun tidak aktif lagi seperti zaman muda dahulu. Justeru itu, jika ada sesiapa yang sudi meminjamkan 'mesin permainan orang besar' itu kepada beliau untuk berlumba, beliau akan menyahut cabaran tersebut dengan tangan yang terbuka luas. Sebagai anak melayu, kita patut bangga dengan pencapaian yang dimiliki oleh beliau dan tiada alasan seseorng itu untuk mengapai kejayaan, bak kata pepatah "DiMana Ada KemaHUan..DiSitU aDa JalaN"..
Labels: SuKaN RaLi...
Sunday, July 20, 2008

Kelebihan yang dimiliki oleh ‘Supermokh’ adalah dari sepakan deras seperti peluru menjadi elemen penting sehinggakan 3 jari mendiang R Arumungam (bekas penjaga gol negara) patah ketika cuba menepis bola dari sepakan dari beliau. Selain daripada itu, beliau juga bijak membaca gerakan lawan dan meloloskan diri dari benteng yang kebal. Mokhtar Dahari berjaya meletakkan negara Malaysia di kedudukan tertinggi pada pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia. Skuad dari negara England bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar Dahari atau "‘Supermokh’.
Mokhtar Dahari sangat gigih ketika menjalani latihan kerana sejak di bangku sekolah lagi beliau yang menuntut di Victoria Istitution tidak pernah jemu berlatih. Beliau juga tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadinya sehinggakan dia idola yang paling diminati dan disanjungi oleh rakyat Malaysia. Apapun kehilangan permata paling berharga dalam arena bola sepak negara ini tidak seharusnya ditangisi dan generasi sekarang sepatutnya harus menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya mengembalikan semula kegemilangan suakn bola sepak negara yang disegani seuatu masa dahulu..
Labels: Sukan Malaysia..